Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan

20 Oct 2026 • 10:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan
Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis. - Foto hiasan

KANGAR - Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Polis Perlis malam Selasa.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved