Remaja Hidap Disleksia Jual Air Tembikai Harga Seikhlas Hati, Semangat Cari Rezeki Sentuh Hati Netizen – “Saya Tak Pandai Mengira..”

LocalLifestyle
11 May 2026 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di TikTok baru-baru ini perkongsian mengenai seorang pemuda dikenali sebagai Zufar yang menjual air tembikai segar dengan konsep bayaran seikhlas hati daripada pembeli.

Difahamkan, Zufar menghidap disleksia dan berdepan kesukaran untuk melihat nombor, meletakkan harga serta mengira bayaran dengan baik.

Advertisement

Disebabkan itu, dia memilih untuk tidak menetapkan harga tetap bagi jualannya, sebaliknya menyerahkan kepada keikhlasan pelanggan yang membeli air tembikai tersebut.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai apabila netizen kagum melihat semangat pemuda berkenaan yang tetap berusaha mencari rezeki meskipun mempunyai kekurangan.

zufar

Namun dalam masa sama, ada juga yang meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa terdapat pembeli tergamak membayar dengan harga terlalu murah, termasuk menggunakan duit syiling yang dianggap tidak setimpal dengan nilai air tembikai segar yang dijual.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Zufar selain mendoakan agar urusan perniagaannya terus dipermudahkan.

Kisah Zufar turut membuatkan ramai tersentuh kerana ia membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk seseorang berusaha mencari rezeki dengan cara yang jujur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Remaja Hidap Disleksia Jual Air Tembikai Harga Seikhlas Hati, Semangat Cari Rezeki Sentuh Hati Netizen – “Saya Tak Pandai Mengira..”2026-05-08 15:33:09

Bagaimana Golongan T20 Boleh Jatuh Jadi B40? Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Sendiri Hadapi Kesukaran

The post Remaja Hidap Disleksia Jual Air Tembikai Harga Seikhlas Hati, Semangat Cari Rezeki Sentuh Hati Netizen – “Saya Tak Pandai Mengira..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article