Remaja hilang 10 hari ditemui selamat di Bukit Bintang

3 Jul 2026 • 6:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja hilang 10 hari ditemui selamat di Bukit Bintang

SHAH ALAM, 4 JULAI: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Pangsapuri Rimba, Seksyen 16 di sini sejak 23 Jun lalu ditemukan selamat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa ditemui ibu bapanya kira-kira jam 3 pagi hasil maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah restoran sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam bagi tindakan lanjut, lapor Sinar Harian.

"Siasatan mendapati sepanjang menghilangkan diri, mangsa berada di sekitar Bukit Bintang dan tidur di restoran berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah keluar dari rumahnya kira-kira jam 6.45 pagi pada 23 Jun sebelum disedari hilang.

Mangsa turut meninggalkan sekeping nota yang memohon maaf kepada ibunya serta meminta dihalalkan makan minum dan ilmu yang diberikan.

Susulan kehilangan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved