Remaja maut dalam nahas motosikal di Lahad Datu

12 Nov 2026 • 11:19 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja maut dalam nahas motosikal di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 20, Jalan Lahad Datu-Sandakan, malam Selasa.

Difahamkan, remaja bukan warga tempatan itu dalam perjalanan dari bandar Lahad Datu menuju ke Sandakan ketika kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata siasatan awal mendapati remaja berkenaan hilang kawalan terhadap motosikalnya sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Alza berkenaan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

“Remaja itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Alza, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun bersama dua penumpangnya mengalami kecederaan ringan. Tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Humaidi Harun di 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Dzulbaharin menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau pergerakan anak-anak mereka khususnya yang masih di bawah umur serta tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved