
PASIR MAS – Seorang remaja maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang memancing di tali air dekat Kampung Tasek Berangan, Repek petang tadi.
Mangsa yang berusia 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas di sini.
Difahamkan, mangsa bersama tiga rakan termasuk sepupunya memancing di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja maut disambar petir ketika memancing appeared first on Kosmo Online.






