Pelajar maut disambar petir semasa memancing

12 Oct 2026 • 9:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar maut disambar petir semasa memancing

PASIR MAS: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua maut dipercayai disambar petir semasa sedang memancing di tali air dekat Kampung Tasek Berangan, Repek, petang tadi.

Mangsa berusia 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa bersama tiga rakan termasuk sepupunya memancing di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini.-UTUSAN

The post Pelajar maut disambar petir semasa memancing appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved