Remaja Maut Ditimpa Rasuk Kayu Di Kuil

8 Apr 2026 • 5:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut selepas dihempap sebatang rasuk kayu dalam satu kejadian di sebuah kuil di Tanjong Sepat, berhampiran Kuala Langat, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.34 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan difahamkan berada di kuil berkenaan bersama ahli keluarganya ketika kejadian berlaku.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Menurut laporan media berbahasa Cina, rasuk kayu yang menimpa mangsa ldianggarkan mempunyai berat kira-kira 1,000 kilogram.

Sementara itu, ibu mangsa memaklumkan, dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati sebatang rasuk telah jatuh dan menimpa anaknya, yang ketika itu terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Beliau berkata, kejadian berlaku terlalu pantas sehingga anaknya tidak sempat untuk mengelak.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan kuil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk  siasatan lanjut. – Getaran, 8 April 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved