Remaja maut, hajat ke program permotoran tidak kesampaian

23 Oct 2026 • 5:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja maut, hajat ke program permotoran tidak kesampaian

KEMAMAN – Hajat seorang remaja lelaki untuk menghadiri program permotoran di Kuantan, Pahang berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 289, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Engku Muhammad Asyraf Aiman Raja Shamsul Nizam,16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, remaja lelaki itu dikatakan dalam perjalanan ke sebuah program permotoran di Kuantan, Pahang dari rumahnya di Machang, Kelantan.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas CT110 ditungganginya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh penghadang lalu tercampak ke lebuh raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut dan mayat remaja berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini, untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja maut, hajat ke program permotoran tidak kesampaian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved