Penyelia maut dirempuh kereta baru empat bulan berkahwin

24 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penyelia maut dirempuh kereta baru empat bulan berkahwin

Polis mengesahkan penyelia berusia 28 tahun itu maut manakala seorang pemandu lori cedera selepas dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 26 tahun yang didapati mempunyai tahap alkohol melebihi had dibenarkan dalam darah.

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia yang maut dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar awal pagi tadi, baru empat bulan mendirikan rumah tangga.

Bapa mangsa Fazli Buyong, 56, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu, Faris Irfan, 28, berkahwin pada 13 Jun lepas.

Beliau berkata Allahyarham sepatutnya pulang ke rumah tengah hari ini untuk memasak bagi keluarga selepas selesai bekerja dan berehat seketika.

“Dia beritahu hari ini lepas habis kerja dan tidur sekejap, tengah hari tu dia nak datang (rumah) dan nak masak untuk kami… tetapi malangnya perkara itu tidak kesampaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Fazli berkata lebih menyedihkan, isteri Allahyarham berada di lokasi kejadian kerana menemani suaminya bekerja sejak 10 malam, namun menunggu di dalam kereta ketika nahas berlaku.

Beliau menerima berita kematian anaknya menerusi panggilan telefon daripada menantunya pada 4.20 pagi.

Menurut Fazli, ketika kejadian, mangsa dan rakan setugas sedang mengemas peralatan untuk pulang selepas selesai kerja, dengan hanya kon keselamatan belum diangkat sebelum kereta itu merempuh mangsa.

Fazli yang reda dengan pemergian anaknya menggesa agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut meminta undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dikaji semula serta diperketatkan.

Jenazah mangsa yang menetap di Setiawangsa disembahyangkan di Masjid Mu’adz Bin Jabal sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh, Batu Caves selepas Asar hari ini.

Terdahulu, polis mengesahkan penyelia berusia 28 tahun itu maut manakala seorang pemandu lori cedera selepas dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 26 tahun yang didapati mempunyai tahap alkohol melebihi had dibenarkan dalam darah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved