Remaja perempuan 13 tahun hilang selepas keluar beli roti

18 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan 13 tahun hilang selepas keluar beli roti
Polis sedang menjalankan usaha mengesan keberadaan remaja berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

SHAH ALAM – Seorang remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar untuk membeli roti di sebuah kedai berhampiran kediamannya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pada jam 4.32 petang di Balai Polis Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit memaklumkan kepada pengadu kira-kira jam 12.01 tengah malam bahawa dia mahu ke kedai bersama seorang anak saudara pengadu dengan menaiki motosikal.

"Remaja itu dibenarkan keluar kerana kedai berkenaan terletak berhampiran kediaman mereka.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 7 pagi, pengadu mendapati remaja berkenaan tiada di rumah sebelum dimaklumkan bahawa dia keluar semula selepas pulang dari kedai tanpa memberitahu destinasi yang dituju," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, remaja berkenaan kali terakhir dilihat memakai seluar tracksuit berwarna gelap dan baju-T hitam.

Ujarnya, remaja itu turut dipercayai menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna ungu dengan nombor pendaftaran NEL 4012.

"Polis sedang menjalankan usaha mengesan keberadaan remaja berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman menerusi talian 011-17554394 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved