Atilya hilang selepas keluar beli roti

18 Nov 2026 • 4:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Atilya hilang selepas keluar beli roti

SHAH ALAM – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 9 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, Atilya Nur Qairina Azrai memaklumkan kepada keluarga untuk keluar ke pasar raya berhampiran rumah bersama sepupunya dengan menunggang motosikal untuk membeli roti pada pukul 12.01 tengah malam.

“Keluarga membenarkan remaja itu keluar memandangkan premis tersebut terletak berhampiran rumah. Walau bagaimanapun, pada pukul 7 pagi, keluarga remaja itu mendapati Atilya tiada di rumah.

“Selepas bertanyakan perkara itu kepada sepupunya, keluarga dimaklumkan selepas ke pasar raya, remaja tersebut keluar semula tanpa memaklumkan destinasi yang dituju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarudin berkata, Atilya yang kali terakhir memakai seluar sukan berwarna gelap dan kemeja-T hitam menggunakan motosikal Yamaha Y15 berwarna ungu dengan nombor pendaftaran NEL 4012.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-1755 4394 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

The post Atilya hilang selepas keluar beli roti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved