Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta terbabas

17 Jul 2026 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta terbabas
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu sedang dijalankan. Gambar hiasan

GUA MUSANG - Seorang remaja perempuan maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar penghadang jalan di simpang Pondok Polis Lojing, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Che Razak Harun berkata, kemalangan berlaku ketika Perodua Kelisa dinaiki dua remaja perempuan dan dua lelaki itu dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju Gua Musang.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan daripada polis mengenai kejadian pada 3.40 petang sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi kira-kira 87 kilometer dari balai dan tiba pada 5.01 petang.

"Mangsa, Nur Nabila Fatihah Zainal Abidin, 19, yang beralamat di Kampung Telok, Bachok, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat berjaya dikeluarkan dari tempat duduk penumpang hadapan pada 5.05 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Razak berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu sedang dijalankan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved