Remaja Tingkatan Dua Direman, Disyaki Buat Gangguan Seksual Terhadap Pelajar Perempuan

LocalPolitics
17 Oct 2025 • 10:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di daerah Sabak Bernam.

Lakukan gangguan seksual ketika waktu rehat

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, berkata suspek ditahan di tepi jalan di Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar, pada hari sama kejadian dilaporkan berlaku.

image is not available

Foto: Carian Google

“Bertindak atas laporan diterima, polis berjaya menahan suspek pada hari kejadian,” katanya.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu, ketika waktu rehat di kawasan sekolah. Mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, tampil membuat laporan polis selepas mengalami insiden berkenaan.

Tambahnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat pada Selasa dan mahkamah membenarkan tahanan selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

image is not available

Foto: Carian Google

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)