Remaja warga asing ditahan, dadah 25.95 kg bernilai RM1.29 juta dirampas.

18 Sep 2026 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja warga asing ditahan, dadah 25.95 kg bernilai RM1.29 juta dirampas.
Ab Rahaman menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kluang, 13 September lalu
Image from: Remaja warga asing ditahan, dadah 25.95 kg bernilai RM1.29 juta dirampas.
Suspek warga asing yang dipercayai mengedar dadah diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kluang

JOHOR BAHRU - Remaja lelaki warga Indonesia berusia 18 tahun ditahan bersama 25.95 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu dan heroin bernilai RM1.29 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata suspek yang tinggal lebih masa di negara ini dan berperanan sebagai penjaga stor penyimpanan dadah ditahan polis dalam serbuan di Jalan Delima, Taman Lian Seng, Kluang, pada 13 September lalu.

Katanya, rumah berkenaan disewa tanpa sebarang kontrak perjanjian dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

**media[3651613]**

"Pihak polis menjumpai lapan paket plastik disyaki mengandungi syabu dengan berat 8.11 kg dan 38 paket plastik disyaki mengandungi heroin dengan berat 17.84 kg.

"Suspek dipercayai terbabit dengan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Januari lalu, dengan dalang sindiket masih diburu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek mempunyai pasport dan masuk ke Malaysia secara sah, namun sudah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Ab Rahaman berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

"Suspek kini direman tujuh hari bermula 14 September lalu sehingga Ahad ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved