Sindiket dadah tumpas, sepucuk pistol antara dirampas

18 Sep 2026 • 2:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sindiket dadah tumpas, sepucuk pistol antara dirampas

JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pelbagai barangan milik sindiket berkenaan termasuk sepucuk pistol jenis CZ dan 79 butir peluru 9mm menerusi dua serbuan di Kampung Sepakat Baru, Kulai, pada 11 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, seramai tiga suspek termasuk seorang remaja perempuan berusia antara 18 hingga 54 tahun ditahan dalam operasi tersebut.

“Pada serbuan pertama, polis menahan dua lelaki tempatan disyaki menjadi pengedar sindiket dadah berkenaan. Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut menjumpai pelbagai jenis dadah termasuk syabu, heroin, pil yaba dan ganja.

“Susulan itu, serbuan kedua dijalankan terhadap rumah bersebelahan dengan seorang remaja perempuan. Remaja itu dipercayai bertindak sebagai pengurus kewangan kepada sindiket tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, selain pistol dan peluru, pihaknya turut merampas kereta Mercedes-Benz C180, sebuah lori, dua motosikal serta wang tunai dan barang kemas melibatkan nilai keseluruhan RM167,189.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket ini telah aktif sejak Jun lalu. Dua suspek memiliki rekod lampau selain turut positif dadah.

“Ketiga-tiga suspek direman 10 hari sehingga 21 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.-UTUSAN

The post Sindiket dadah tumpas, sepucuk pistol antara dirampas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved