
BATU PAHAT: Lima lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan seorang ahli perniagaan yang ditemukan dengan kaki dan tangan terikat di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, di sini disamun reman selama tujuh hari.
Perintah reman bermula esok terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret, Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Terdahulu, kesemua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rabu lalu, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Polis, Hoo Chuan Huat dilaporkan berkata, kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh isterinya pada 29 Julai lalu di Mutiara Rini, Iskandar Puteri.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan pita pelekat, selain terdapat luka kecederaan di pinggang dan lengan.
“Setakat ini kita percaya salah seorang suspek mempunyai hutang dengan mangsa, manakala individu lain dipercayai merupakan rakan,” katanya.-UTUSAN
The post Reman lima suspek bunuh ahli perniagaan disambung tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.






