Mayat dililit jaring: Reman 5 suspek disambung seminggu

10 Aug 2026 • 1:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat dililit jaring: Reman 5 suspek disambung seminggu
Suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang ahli perniagaan disambung reman tujuh hari lagi.

 

BATU PAHAT - Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki membunuh ahli perniagaan dengan mayat ditemukan terapung dalam keadaan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja dekat sini, minggu lalu disambung tujuh hari lagi bermula esok.

Perintah sambungan reman ke atas kesemua suspek lelaki berusia 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini, pada hari ini dan berakhir Isnin depan.

Sambungan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan dan mengambil keterangan lanjut daripada kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Sebelum itu pada Selasa, media melaporkan penemuan mayat lelaki dalam keadaan diikat tangan serta kaki serta dibalut jaring dalam sebuah sungai, dipercayai merupakan individu yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri pada 29 Julai lalu.

Siasatan turut menemukan lima ketul batu pada jasad mangsa yang dipercayai digunakan bagi menenggelamkannya selepas mangsa dibunuh.

Dalam perkembangan sama, semakan rekod jenayah lampau mendapati dua daripada lima suspek mempunyai rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Polis turut merampas lima telefon bimbit milik kesemua suspek bagi membantu siasatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved