Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat

7 Aug 2026 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat
Image from: Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang semalam, ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Weston.
Image from: Renjatan elektrik: Jenazah tiga anggota polis dibawa ke hospital untuk bedah siasat
Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.

KOTA KINABALU - Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Beaufort, semalam dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini, awal pagi ini dari Hospital Beaufort untuk menjalani bedah siasat.

Tinjauan Bernama di pekarangan hospital itu mendapati ketibaan ketiga-tiga van yang membawa jenazah tersebut pada 1.10 pagi diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Superintenden Champin Piuh ketika dihubungi berkata, jenazah akan menjalani proses bedah siasat serta urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris.

Sabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort

"Selepas semua urusan selesai, jenazah akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai polis dari IPD Beaufort,” katanya.

**media[3607579]**

Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang semalam, ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Weston berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Weston. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved