RHB Research kurangkan unjuran pendapatan Tasco sebanyak 14.9% pada FY26 disebabkan persekitaran operasi mencabar

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 5:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB Research kurangkan unjuran pendapatan Tasco sebanyak 14.9% pada FY26 disebabkan persekitaran operasi mencabar

image is not available

14/08/2025 - 17:19

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Ogos - RHB Research mengurangkan unjuran pendapatan Tasco Berhad pada FY26 sebanyak 14.9% selepas mengambil kira sumbangan lebih rendah daripada segmen kontrak logistik (CL), rantaian bekalan sejuk (SCS) dan unit trak (TD) disebabkan persekitaran operasi mencabar.

Katanya, keputusan 1QFY26 tidak mencapai jangkaan dengan sebahagiannya disebabkan peningkatan kos operasi ibu pejabat umum (GHQ) dan ibu pejabat serantau (RHQ) sebanyak RM5 juta (berbanding RM3.8 juta pada 1QFY25, meningkat 32.1%), susulan pelancaran pelan lima tahun baharu oleh Yusen Group, serta kadar cukai efektif yang lebih tinggi (17.5% berbanding 9.5% pada 1QFY25).

Firma penyelidikan itu berkata, sekiranya perbelanjaan yang diperuntukkan tidak digunakan sepenuhnya, terdapat kemungkinan lebihan pada 4QFY26, seperti yang pernah berlaku dalam tahun-tahun sebelumnya.

"Pihak pengurusan merancang untuk mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM250 juta pada 2026 bagi memanfaatkan insentif cukai perkhidmatan logistik bersepadu (ILS) yang sedang berjalan sebelum tamat tempoh pada 2027.

"Ini termasuk dua projek baharu di Shah Alam dan Northport, serta sebuah hab serantau baharu di Pulau Pinang untuk pelanggan dalam sektor penjagaan kesihatan," katanya dalam satu nota kajian.

Langkah itu berpotensi meningkatkan kredit cukai tidak digunakan sedia ada sebanyak RM31.4 juta kepada tambahan RM36 juta (yang boleh dituntut untuk tempoh tanpa had). Kadar penggearan semasa Tasco berada pada paras selesa 0.51x tetapi dijangka meningkat sedikit selari dengan rancangan pengembangannya.

RHB Research berkata, pihak pengurusan memaklumkan terdapat banyak pertanyaan dan tender secara tahunan tetapi tumpuan utama mereka adalah untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan hab serantau yang terbukti lebih mampan dan menjana pulangan yang lebih baik.

Katanya, pihak pengurusan menjangkakan prestasi suku tahunan lebih kukuh pada separuh kedua tahun ini, sejajar dengan kitaran perniagaan logistik yang lazimnya meningkat pada separuh kedua didorong musim perayaan, tambahan ruang gudang serta peningkatan kecekapan operasi.

"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) 86 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com

standard