Ribuan penunjuk perasaan pertahankan Kennedy Center

PoliticsArt
20 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ribuan penunjuk perasaan pertahankan Kennedy Center

WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan membentuk rantaian manusia di sekitar Kennedy Center di Washington kelmarin, sebagai membantah tindakan Presiden Donald Trump yang mengancam merobohkan pusat seni itu jika namanya tidak dikembalikan pada bangunan berkenaan.

Bangunan utama kompleks seni itu ditutup sejak Rabu, namun pihak pengurusan memaklumkan penutupan berkenaan hanya sementara.

Pada masa sama, seorang hakim sedang meneliti rancangan penutupan jangka panjang bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dikehendaki Trump dilaksanakan.

Trump mengambil alih Kennedy Center tahun lalu dan sejak itu menggesa pengubahsuaian besar-besaran terhadap pusat seni berkenaan yang dibuka pada 1971 selepas pembunuhan Presiden AS, John F. Kennedy.

Beliau mendakwa bangunan itu dibiarkan dalam keadaan daif oleh kepemimpinan terdahulu.

Seperti beberapa projek lain di ibu negara AS, Trump turut berusaha memasukkan sentuhan peribadinya dalam rancangan pembangunan, selain menguji had kuasa eksekutif dari sudut perundangan.

Lembaga Kennedy Center yang dilantik Trump tahun lalu mengundi untuk menukar nama rasmi institusi itu kepada Trump-Kennedy Center, termasuk langkah mengemas kini papan tanda bangunan serta logo dalam talian.

Tindakan itu kemudiannya dibatalkan seorang hakim, menyebabkan penjualan tiket merosot dengan ketara, selain tindakan boikot oleh artis dan penarikan diri secara besar-besaran penderma, menurut The Washington Post.

Penunjuk perasaan, Neal Racioppo, 57, yang bekerja dalam bidang pemasaran dan komunikasi sebuah teater, berkata tindakan Trump mengundang kekecewaan kerana Kennedy Center merupakan institusi penting untuk kegiatan seni di Washington, AS dan seluruh dunia.

Lela Agnew pula menegaskan Kennedy Center adalah institusi ‘milik rakyat’ dan tidak seharusnya dijadikan tempat berpolitik.

“Saya sudah datang ke sini selama kira-kira 50 tahun. Ini bukan tempat yang perlu dirobohkan,” katanya.- AFP

 

The post Ribuan penunjuk perasaan pertahankan Kennedy Center appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved