Ribut petir diramal landa lapan daerah di Selangor hingga 7 malam

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 4:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir diramal landa lapan daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 OKT: Lapan daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.

Amaran sama turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Sik dan Baling, manakala di Perak membabitkan Hulu Perak, Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

“Kelantan pula melibatkan Kuala Krai dan Jeli, manakala Terengganu merangkumi Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Pahang merangkumi Rompin, Maran, Temerloh dan Bera, sementara Johor membabitkan Segamat, Tangkak, Muar, Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Bagi Sarawak, amaran dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Mukah, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, Sri Aman, Samarahan, Betong, Serian dan Kuching.

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Belud, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved