Ribut petir diramal landa Selangor, Kuala Lumpur hingga 6 petang ini

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 4:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir diramal landa Selangor, Kuala Lumpur hingga 6 petang ini

SHAH ALAM, 9 SEPT: Beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur serta lima negeri lain dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terjejas di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling.

Di Perak, amaran meliputi Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang membabitkan Raub, Bera, Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Temerloh dan Rompin.

Turut terjejas ialah Jempol dan Jelebu di Negeri Sembilan selain beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Daro, Mukah, Tanjung Manis, Tatau, Selangau, Maradong dan Sarikei.

Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda Tenom, Sook, Pensiangan, Tambunan, Keningau, Sipitang, Tongod, Telupid dan Ranau.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

Amaran berkenaan adalah bersifat jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved