Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 10:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 12 tengah malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Kedah, hanya daerah Langkawi diramal hujan. Manakala di Terengganu pula seperti Dungun dan Kemaman.

"Selain itu, Pahang pula hanya melibatkan daerah Kuantan. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Betong, Miri (Subis).

"Bagi Sabah pula melibatkan kawasan Sandakan (Paitan), Kudat (Pitas dan Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved