6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 4:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.

"Di Perak kawasan yang diramal hujan lebat adalah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Raub, Bera, Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Temerloh dan Rompin.

"Sementara itu, beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling juga dijangka hujan. Di Negeri Sembilan, dua daerah diramal hujan seperti Jempol dan Jelebu.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Mukah (Daro, Mukah dan Tanjung Manis), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau), Sarikei (Maradong dan Sarikei).

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Tenom, Sook, Pensiangan, Tambunan, Keningau dan Sipitang), Sandakan (Tongod dan Telupid), Pantai Barat (Ranau)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved