Jerebu semakin pulih, Monsun Timur Laut halang pencemaran rentas sempadan

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu semakin pulih, Monsun Timur Laut halang pencemaran rentas sempadan

SHAH ALAM, 26 OKT: Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih sejak semalam susulan perubahan arah angin, kecuali di Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Monsun Timur Laut yang bermula esok dijangka menghalang kemasukan jerebu rentas sempadan dari negara jiran, lapor Berita Harian.

Menurutnya, tiupan angin berterusan dari arah timur laut akan menyebabkan jerebu tidak lagi bergerak ke ruang udara Malaysia.

Setakat jam 7 pagi tadi, kebanyakan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik dan sederhana.

Sementara itu, MetMalaysia menjangkakan cuaca lembap di kebanyakan kawasan sepanjang minggu ini dengan hujan pada awal pagi di negeri pantai timur Semenanjung, manakala hujan lebat berserta ribut petir diramal pada sebelah petang dan malam di kawasan lain.

Monsun Timur Laut musim 2026/2027 dijangka bermula pada 27 Oktober hingga Mac 2027 dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramal antara November hingga Januari, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved