Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara hingga 6 petang

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara hingga 6 petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang hampir seluruh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan terlibat ialah Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Sik, Kuala Muda, Langkawi, Kulim dan Baling.

“Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan membabitkan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.

“Turut terjejas ialah Pahang melibatkan Pekan, Kuantan, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran, selain Jelebu di Negeri Sembilan,” katanya.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai, Johor Bahru dan Pontian.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Samarahan, Matu, Dalat dan Mukah di Mukah, Sibu, Tatau dan Sebauh di Bintulu, Limbang, Marudi, Telang Usan dan Beluru di Miri, Maradong di Sarikei, Kuching dan Bau di Kuching serta Serian.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pensiangan, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort di Pedalaman, Tawau, Sandakan serta Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada pukul 3.15 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara hingga 6 petang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved