Rimbun Raya Di The Exchange TRX: Gabungan Alam, Tradisi Dan Pengalaman Raya Moden Di Tengah Kuala Lumpur

12 Mar 2026 • 4:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Syawal kini semakin menghampiri, kini pusat beli-belah mula dihiasi dengan warna-warna perayaan.

Tahun ini, The Exchange TRX membawa sesuatu yang sedikit berbeza menerusi kempen perayaannya, Rimbun Raya. Ia merupakan sebuah konsep yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan warisan seni bina Melayu dalam suasana moden yang memukau.

image is not available

Bermula 27 Februari hingga 5 April nanti, pengunjung yang melangkah masuk ke ruang Central Exchange akan disambut dengan dekorasi yang diinspirasikan daripada keindahan landskap tropika serta seni bina tradisional Melayu. 

Lengkungan elegan, corak geometri halus dan elemen kehijauan mencipta suasana yang seolah-olah membawa pengunjung ke sebuah taman budaya yang tenang di tengah kesibukan Kuala Lumpur.

image is not available

Konsep ‘rimbun’ yang menjadi teras kempen ini melambangkan pertumbuhan, ketenangan dan kebersamaan,nilai yang sering dikaitkan dengan Ramadan dan Hari Raya. 

Hiasan yang imersif juga menjadikannya antara lokasi menarik untuk bergambar, terutamanya bagi mereka yang ingin merakam kenangan raya dalam suasana yang unik.

Selain dekorasi yang memikat, pengunjung juga boleh meneroka pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik di sekitar pusat beli-belah. 

Antara yang menjadi tumpuan ialah pameran kecantikan oleh L’Oréal Luxe, yang menampilkan jenama seperti YSL Beauty, Armani Beauty dan Lancôme. Turut serta ialah Puras, yang menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang kempen ini.

Kempen Rimbun Raya turut menekankan aspek komuniti dan warisan tempatan. The Exchange TRX bekerjasama dengan Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK) bagi mengetengahkan seni tekstil dan kemahiran jahitan tradisional Melayu. 

image is not available

Melalui gerai khas yang dibuka di Central Exchange, pengunjung berpeluang melihat sendiri hasil kraf tempatan sambil menyokong usaha memperkasa penggiat seni kraf.

Menurut Pengurus Besar The Exchange TRX, Trevor Hill, kempen ini direka untuk memberi pengalaman Raya yang lebih bermakna kepada pengunjung.

“Rimbun Raya bukan sekadar hiasan perayaan, tetapi satu pengalaman yang meraikan keindahan budaya Melayu sambil membawa elemen moden yang relevan dengan gaya hidup hari ini,” katanya.

image is not available

Sepanjang kempen ini, beberapa jenama juga menawarkan promosi istimewa sempena musim perayaan. Mimpikita menampilkan koleksi Raya terbaharu hasil kolaborasi MIMPIKITA x KITA&CO ‘Tumbuh’ Raya 2026, manakala Pandora menawarkan promosi beli dua percuma satu dan beli tiga percuma dua untuk item terpilih.

Bagi pencinta makanan pula, Café Colombo memperkenalkan pengalaman bufet khas ‘Kenduri Colombo’ yang menampilkan hidangan Sri Lanka tanpa had, satu pilihan menarik untuk berbuka puasa atau berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai tambahan, pengunjung juga boleh menebus pelbagai hadiah eksklusif melalui program penebusan Rimbun Raya dengan jumlah perbelanjaan tertentu, termasuk sampul Raya istimewa dan set hadiah premium.

image is not available

Dengan gabungan dekorasi yang mempesona, pengalaman membeli-belah, aktiviti komuniti serta tawaran perayaan, Rimbun Raya di The Exchange TRX menjadi antara destinasi menarik untuk menikmati suasana Ramadan dan membuat persiapan Hari Raya di ibu kota. - Getaran, 12 Mac 2026