Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$123.6 bilion

07/10/2025 - 15:17
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 7 Okt – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$123.6 bilion setakat 30 September 2025 berbanding AS$122.8 bilion pada 12 September 2025, menurut kenyataan rasmi bank pusat itu hari ini.
BNM menjelaskan paras rizab semasa mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.
Komponen utama rizab antarabangsa BNM adalah rizab mata wang asing, AS$109.3 bilion; kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), AS$1.3 bilion; Hak Pengeluaran Khas (SDR): AS$5.9 bilion; Emas, AS$4.8 bilion dan aset rizab lain AS$2.3 bilion.
Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM mencecah RM625.06 bilion merangkumi emas, tukaran asing & SDR, RM520.9 bilion; kertas kerajaan Malaysia (MGS/GII), RM13.42 bilion dan deposit dengan institusi kewangan, RM1.41 bilion.
Pinjaman dan pendahuluan, RM27.81 bilion; Tanah & bangunan, RM4.57 bilion dan aset lain RM56.93 bilion.
Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM625.06 bilion terdiri daripada modal dibayar, RM100 juta; Rizab BNM: RM200.9 bilion, Mata wang dalam edaran: RM172.05 bilion dan Deposit institusi kewangan: RM133 bilion.
Selain itu, Deposit kerajaan persekutuan: RM11.68 bilion, Deposit lain: RM65.51 bilion, Kertas BNM: RM8.36 bilion, Peruntukan SDR: RM27.87 bilion dan Liabiliti lain: RM5.56 bilion. - DagangNews.com
standard


