Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2026 tarik penyertaan 150 jenama antarabangsa

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2025 • 5:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2026 tarik penyertaan 150 jenama antarabangsa

image is not available

07/10/2025 - 17:41

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 7 Okt – Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2026 yang bakal berlangsung dari 21 hingga 23 Mei taHun depan dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung, sekali gus mengukuhkan daya saing usahawan tempatan di pasaran global.

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan berkata, penganjuran kali ke-33 itu akan menampilkan lebih 150 jenama francais dari dalam dan luar negara, menjadikannya platform strategik bagi memperluas peluang pelaburan dan jaringan perniagaan baharu.

“Untuk FIM 2026, kami menyasarkan lebih kurang 30,000 pengunjung. Kebiasaannya, kehadiran akan meningkat lebih 10% berdasarkan penganjuran yang lepas.

“Selain mempamerkan produk dan perkhidmatan francais, FIM 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti padanan perniagaan serta sesi segmentasi bagi memberi pengalaman lebih menyeluruh kepada pengunjung,” katanya dalam sidang media pra pelancaran FIM 2026 hari ini.

Pada Mei lalu, penganjuran FIM 2025 berjaya merekodkan jualan mencecah RM500 juta dengan kehadiran lebih 25,000 pengunjung.

Beliau berkata, sambutan memberangsangkan itu membuktikan potensi besar sektor francais walaupun dunia berdepan cabaran ekonomi semasa.

FIM 2026 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan lebih 250 ruang pameran disediakan.

Pameran tahunan itu bertujuan membuka lebih banyak peluang perniagaan, memperkukuh daya saing usahawan tempatan dan memberi pendedahan tentang sistem perniagaan francais kepada pengunjung.

Ia juga mempercepatkan integrasi ekonomi serantau melalui pengembangan jenama tempatan dan francais halal.

Kerajaan Malaysia menyasarkan jualan francais sebanyak RM100 bilion menjelang 2030. - DagangNews.com

standard