RM14 bilion wang tidak dituntut direkod setakat akhir September 2026 - Amir Hamzah

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RM14 bilion wang tidak dituntut direkod setakat akhir September 2026 - Amir Hamzah
Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September, 2026. Foto kecil: Amir Hamzah

KUALA LUMPUR - Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September, 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata kurangnya kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan orang awam mengenai kewujudan WTD serta hak untuk membuat tuntutan adalah antara faktor utama menyumbang kepada jumlah WTD tersebut.

"Antara faktor lain adalah kegagalan mengesan pemilik wang berikutan maklumat perhubungan seperti alamat dan nombor telefon yang tidak lagi tepat atau tidak dikemas kini serta kekurangan maklumat mengenai kewujudan WTD, khususnya apabila pemilik tidak menyedari terdapat wang yang masih terhutang kepada mereka oleh entiti atau syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan MADANI peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah berkata kerajaan juga telah menggerakkan beberapa langkah untuk mempermudah proses bayaran balik kepada pemilik asal, termasuk masyarakat luar bandar.

"Melalui Portal eGUMIS JANM memudahkan orang awam menyemak dan membuat tuntutan WTD secara dalam talian,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata JANM memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran dan capaian perkhidmatan kepada rakyat.

"Setakat 30 Oktober, sebanyak 176 program reruai WTD telah dilaksanakan oleh JANM di seluruh negara berbanding 89 program dianjurkan tahun lepas,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved