RM2.6 Juta Diluluskan Naik Taraf HSAH, Tambah Kapasiti Tangani Kesesakan Pesakit

LocalHealth & Fitness
5 Oct 2026 • 9:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

RM2.6 Juta Diluluskan Naik Taraf HSAH, Tambah Kapasiti Tangani Kesesakan Pesakit

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan khas hampir RM2.6 juta bagi penambahbaikan fasiliti serta perolehan aset perubatan dan bukan perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu merupakan antara langkah pemerkasaan kapasiti hospital berkenaan susulan isu kesesakan pesakit yang semakin mendesak.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau turun padang ke HSAH bagi meneliti sendiri cabaran operasi serta isu kesesakan pesakit di hospital berkenaan.

Menurutnya, kesesakan kritikal di Jabatan Kecemasan turut berpunca daripada limpahan pesakit luar, dengan purata antara 50 hingga 70 pesakit terpaksa menunggu lama setiap hari untuk kemasukan ke wad.

“Sebagai langkah pemerkasaan kapasiti, saya telah mengumumkan kelulusan peruntukan khas hampir RM2.6 juta bagi tujuan penambahbaikan fasiliti serta perolehan aset perubatan dan bukan perubatan hospital ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, KKM turut mengambil langkah segera menerusi inisiatif After Hours Clinic yang mula beroperasi sejak 17 Ogos lalu.

Ujarnya, pendekatan itu membolehkan Klinik Pakar dan Klinik Kesihatan menyerap kedatangan pesakit Zon Hijau di luar waktu pejabat, sekali gus membantu mengurangkan tekanan terhadap Jabatan Kecemasan.

Tambah 120 Katil Dalam Jangka Sederhana

Bagi penyelesaian jangka sederhana, menurut Dzulkefly, beliau telah mengarahkan supaya cadangan menaik taraf fasiliti di tiga bangunan wad Hospital lama Sungai Petani (HSP) disegerakan.

Katanya, perancangan bernilai lebih RM11 juta itu merangkumi kerja menaik taraf tiga bangunan wad serta penyediaan fasiliti sokongan.

“Langkah ini disasarkan untuk memberi ruang tambahan sebanyak 120 katil baharu, yang pastinya akan meredakan kesesakan wad di HSAH secara signifikan,” ujarnya.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, beliau berkata kerajaan telah meluluskan kerja-kerja awalan bernilai RM650,000 bagi cadangan pembinaan blok tambahan baharu di HSAH.

Menurutnya, apabila direalisasikan kelak, projek itu bakal menyediakan tambahan 408 katil, tujuh dewan bedah moden serta kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk keselesaan pesakit dan waris.

Baca juga:

“Segala intervensi ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mencari penyelesaian berstruktur.

“Kita bukan sahaja merawat pesakit, tetapi kita juga komited ‘merawat’ sistem penjagaan kesihatan agar kekal berdaya tahan dan responsif terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved