RM280,000 untuk empat SMK di Penampang

29 Jul 2023 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Sejumlah RM280,000 akan disalurkan kepada empat sekolah menengah di Penampang bagi menjayakan program pembangunan koperasi dan kecemerlangan sekolah berkenaan, kata Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, empat sekolah itu ialah SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK St Micheal Penampang, SMK Limbanak dan SMK Bahang.

“Daripada jumlah itu, RM200,000 adalah peruntukan daripada pembangunan koperasi yang akan disampaikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan RM80,000 lagi peruntukan Ahli Parlimen Penampang.

“Setiap koperasi sekolah menengah di kawasan Penampang akan menerima peruntukan pembangunan koperasi sebanyak RM50,000 bagi menggerakkan aktiviti keusahawanan melalui koperasi masing-masing, dan RM20,000 lagi untuk pelbagai program kecemerlangan sekolah masing-masing.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Sumbangan ini merupakan komitmen saya untuk terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada sekolah-sekolah di Penampang. Sebagai Wakil Rakyat, saya perlu menjadi sebahagian daripada ekosistem tanggungjawab sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kecemerlangan Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, di dewan sekolah itu, di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Ag Mohd Kadir Ag Kanak dan Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin Haji Md Rahim Haji Md Lair.

Ewon berkata, beliau akan terus berusaha mencari dana untuk membiayai keperluan lain di semua sekolah kawasan Penampang.

“Sebelum ini, kita telah bekerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat iaitu yayasan yang diletakkan di bawah kementerian saya untuk membantu sekolah-sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian.

“Saya berharap syarikat korporat dan koperasi premier juga dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing untuk membantu sekolah yang memerlukan, termasuk keperluan van oleh sekolah-sekolah,” katanya, menambah beliau akan mengadakan perbincangan dengan mereka bagaimana keperluan ini dapat direalisasikan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.