RM500,000 untuk projek naiktaraf di KAM Kampung Korongkom

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

RM500,000 untuk projek naiktaraf di KAM Kampung Korongkom

KOTA MARUDU: Kerajaan telah menyalurkan RM500,000 membolehkan empat projek Kampung Angkat Madani (KAM) di Kampung Korongkom siap dinaik taraf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud berkata Kampung Korongkom merupakan antara 18 KAM seluruh Sabah yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dengan nilai peruntukan RM9 juta tahun ini.

“Pada tahun 2025, sebanyak 11 KAM telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melibatkan nilai peruntukan sebanyak RM10.15 juta.

“Tahun ini, sebanyak 18 KAM diperuntukkan sebanyak RM9 juta termasuklah KAM Kampung Korongkom,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Siap KAM Kampung Korongkom, di sini pada Sabtu.

Mengenai projek KAM di Kampung Korongko, beliau berkata naik taraf membabitkan sebuah dewan baharu padang bola sepak untuk belia, lampu-lampu jalan dan jalan batu kerikil ditambah baik ke jalan konkrit.

“Walaupun peruntukan RM500,000 tapi pengurusan KAM ini mampu menyiapkan empat projek yang bukannya mudah dan paling penting dana tersebut kita optimumkan penggunaannya supaya banyak infrastruktur asas yang boleh diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan, Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan jumlah permohonan KAM paling rendah dan negeri ini memerlukan peruntukan lebih besar berbanding dengan negeri-negeri lain untuk pembangunan KAM.

Menurutnya, pemilihan KAM mesti dibuat berdasarkan kampung yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“Kota Marudu antara kawasan yang agak kurang dari segi pembangunan kampung jadi ini antara daerah yang perlu diutamakan untuk pemilihan KAM pada tahun-tahun hadapan.

“Apabila sebuah kampung itu dipilih sebagai kampung angkat, prasarana terutama dewan, padang bola, jalan ataupun lampu akan diperbaiki sekali gus memberi manfaat yang cukup besar kepada kampung yang selama ini tidak mendapat dana untuk memperbaiki infrastruktur asas,” ujarnya.

Beliau berharap agar prasarana yang telah siap dinaik taraf menjadi pemangkin kepada golongan belia untuk kekal aktif dan berdaya saing serta dapat mengharumkan nama komuniti di peringkat yang lebih tinggi.

Mustapha turut menyeru semua masyarakat agar terus memupuk semangat muafakat bersama kerajaan kerana program turut bergantung pada kerjasama erat antara kepimpinan akar umbi, agensi kerajaan dan setiap ahli komuniti.

“Marilah kita berganding bahu sebagai keluarga besar untuk merealisasikan visi Malaysia MADANI di bumi Kampung Korongkom ini,” tambahnya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara dan Ahli Lembaga Pengarah Sabah Land Development Board (SLDB), Zaidi Jatil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved