RM62.2 juta naik taraf klinik daif di Johor

LocalHealth & Fitness
21 Aug 2026 • 2:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM62.2 juta naik taraf klinik daif di Johor

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor memperuntukkan sejumlah RM62.296 juta untuk menaik taraf 123 buah klinik desa dan klinik kesihatan daif dalam negeri ini yang menjejaskan tahap perkhidmatan sepanjang tahun 2023 hingga 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, usaha naik taraf yang melibatkan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) itu secara tidak langsung telah berjaya memberikan keselesaan kepada para pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kerja naik taraf memfokuskan penggantian bangunan lama yang tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah pesakit susulan pertambahan dari semasa ke semasa.

“Kerja naik taraf dilakukan mengikut keperluan setiap klinik terlibat dan menelan belanja antara RM100,000 hingga RM1 juta, ianya dilakukan bermula pada tahun 2023 dan telah siap sepenuhnya tahun ini. Bangunan klinik yang sebelum ini diperbuat daripada kayu sepenuhnya atau sebahagiannya telah digantikan dengan bangunan konkrit yang lebih kukuh dan selesa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Ambulans Maju Johor di Klinik Kesihatan Semerah, di sini, hari ini.

Tian Soon berkata, untuk tahun ini dan seterusnya kerajaan negeri akan memfokuskan kepada usaha menaik taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan melibatkan peralatan dan infrastruktur yang ada di sesebuah premis kesihatan. – KOSMO! ONLINE

The post RM62.2 juta naik taraf klinik daif di Johor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved