“RM8 Free Refill”- Air Aiskrim Yogurt Dijual Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalFood
5 Mar 2025 • 9:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Di bulan puasa ini, selain sibuk melakukan ibadah untuk mengejar pahala, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke bazar Ramadan.

Malah setiap tahun kita dapat melihat kesibukan di bazar Ramadan apabila orang ramai berpusu-pusu berkunjung untuk membeli makanan sebagai sokongan kepada peniaga.

Namun peniaga juga perlulah sentiasa menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan agar tidak mendatangkan penyakit dan sebagainya.

Air aiskrim yogurt balang raih perhatian ramai

Baru-baru ini, sebuah gerai air balang yang menjual air aiskrim yougurt di sebuah bazar Ramadan di Shah Alam telah menjadi tular sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, awalnya kelihatan beberapa balang air yang sudah dipenuhi ais dan juga buah-buahan seperti epal, tembikai susu dan banyak lagi.

Para pekerja kemudiannya menuang air berperisa ke dalam balang mengikut label yang sudah ditulis pada bekas tersebut.

Letak satu blok aiskrim atas air berperisa

Sebaik menuang air berkenaan, kelihatan mereka turut meletakkan satu blok aiskrim dipercayai perisa vanila ke atas air balang tersebut. Bukan hanya itu, dia turut meletakkan pati berperisa serta buah-buahan di atasnya.

Influencer yang dikenali sebagai Muhammad Danial atau AI Sulong memaklumkan dia bersama penyanyi, Asfan Shah telah berkolaborasi dengan jenama air berkenaan.

Jual RM8 percuma ‘refill’

Jelasnya air tersebut dijual pada harga RM8 dan boleh diisi semula secara percuma namun perkara itu hanya boleh dilakukan selepas berbuka puasa sahaja. Selain air yogurt, mereka turut menjual air lain seperti mojito dan sebagainya.

Video memaparkan air balang itu kemudiannya menjadi tular di X dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

Air balang undang pelbagai reaksi, ada yang menyifatkan ia tidak sihat dan dilihat terlalu manis

Ada yang mengatakan air tersebut dilihat seperti terlalu manis dan boleh mengundang kepada penyakit diabetes.

Tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan tindakan influencer yang bercakap berdekatan dengan air balang kerana boleh menyebabkan air liur terpercik ke dalam air memandangkan dia tidak memakai pelitup mulut.

Bukan hanya itu, ada yang berpendapat air tersebut tidak setanding dengan harganya kerana ais dilihat lebih banyak berbanding air.

Walau bagaimanapun ada yang berpendapat air manis seperti itu tidak diminum setiap hari maka tidak salah jika ingin menikmatinya sekali-sekala.

“Air liur masuk dalam air tak kalau masa cakap hmm”

image is not available

“Yang komen potong kaki, diabetes ni.. korang beli air gula tinggi hari-hari ke? Kalau beli, memang melantak sorang ke? Kalau aku beli air ni, aku minum sikit lepas tu kongsi dengan orang lain kot. Buat rasa rasa”

image is not available

“Minum sekali rasa macam syurga. Minum kali kedua ia hantar awak ke syurga”

image is not available

“Rm8 je.. dengan ais sepenuhnya, air ciput je. Orang bayar air bukan bayar ais, kos ais satu balang tu sama dengan secawan pertama terjual. Untung diaorang ni, kita beli ais je.”

image is not available

“Nak beli ni kena minta tak nak ais langsung”

image is not available