ROFT Masuk 'New Era', Zaki Yamani, Hussain Dan Alpha Gegarkan Pentas

LocalMusic
2 Sep 2026 • 4:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

ROFT Masuk 'New Era', Zaki Yamani, Hussain Dan Alpha Gegarkan Pentas

SERDANG – Pentas ROFT (Rhythm of the Farmers) memasuki malam kelima dengan aura berbeza apabila barisan artis muda menerusi tema The New Era Night mengambil alih pentas Perkampungan Bang Mat, MAEPS Serdang, malam ini.

Malam yang bermula tepat jam 9 malam itu menampilkan Zaki Yamani, Hussain dan kumpulan ALPHA, yang kini semakin mendapat perhatian peminat muzik tanah air.

Kemunculan Zaki Yamani, anak kepada legenda Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, menjadi antara momen yang dinanti-nantikan apabila generasi baharu ini meneruskan perjalanan dalam industri muzik dengan identiti dan gaya tersendiri.

Pentas ROFT

Bersama Hussain dan Kumpulan Alpha, Zaki membawa warna baharu kepada pentas ROTF menerusi persembahan yang lebih dekat dengan cita rasa generasi muda.

Lebih istimewa, The New Era Night turut memperlihatkan bagaimana pentas ROTF bukan sekadar memberi ruang kepada nama besar industri muzik, malah membuka peluang kepada bakat muda untuk tampil di hadapan khalayak yang lebih luas.

Kehadiran barisan artis muda ini memberi dimensi berbeza kepada ROTF yang berlangsung setiap malam sepanjang MAHA 2026, dengan setiap malam mengetengahkan tema dan barisan penghibur berbeza.

Malah, barisan artis muda ini dilihat meneruskan momentum ROTF yang sejak malam pertama lagi menampilkan nama-nama besar industri muzik tanah air.

Pentas ROFT Bawakan Penyanyi Terkemuka

Antara yang telah menghiburkan pengunjung sebelum ini termasuk Ratu Rock Negara, Ella, selain Syamel, Khalifah, Dayang Nurfaizah, Khalifah yang masing-masing mencuri perhatian menerusi persembahan mereka.

Kepelbagaian barisan artis ini menjadikan ROTF bukan sekadar pentas hiburan, malah ruang yang mempertemukan pelbagai generasi peminat muzik dalam satu lokasi sepanjang MAHA 2026.

Menerusi The New Era Night, ROTF pula memberi tumpuan kepada bakat muda yang membawa identiti, gaya dan perspektif baharu dalam industri muzik.

Penganjur, MARDI Corporation berkata, kepelbagaian pengisian ROTF dirangka bagi memberikan pengalaman hiburan yang lebih dinamik kepada pengunjung MAHA 2026.

Pentas ROFT

“Pelbagai pengisian hiburan disusun secara berterusan bagi meningkatkan keterlibatan pengunjung selain mewujudkan suasana lebih meriah sepanjang penganjuran MAHA,” katanya.

Tidak ketinggalan, ROTF turut mengetengahkan persembahan buskers, aktiviti kebudayaan dan pengisian santai selain persembahan artis utama.

Dengan The New Era Night, pentas ROTF membuktikan bahawa MAHA 2026 turut menjadi ruang pertemuan antara generasi lama dan baharu dalam industri muzik tanah air.

Bagi pengunjung yang belum berkesempatan menikmati ROTF, pelbagai persembahan menarik masih menanti sehingga malam terakhir MAHA 2026 pada 6 September.

ROTF bakal melabuhkan tirai menerusi tema Soul Journey pada 6 September dengan persembahan khas legenda rock tanah air, Ramli Sarip, bermula jam 5.30 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved