Zaki Yamani, Hussain gegar pentas MAHA 2026

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 4:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Zaki Yamani, Hussain gegar pentas MAHA 2026

 

SERDANG – Persembahan bertenaga daripada artis jemputan seperti Zaki Yamani, Hussain dan Kumpulan Alpha memeriahkan hari kelima Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Program kendalian Pentas Rhythm of the Farmers (ROTF) di Perkampungan Bang Mat, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini itu membuatkan pengunjung terhibur menerusi persembahan masing-masing.

Persembahan Zaki yang juga anak legenda Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah antara yang mencuri perhatian pengunjung menerusi penampilannya sebagai penyanyi generasi baharu.

Image from: Zaki Yamani, Hussain gegar pentas MAHA 2026
Penampilan Zaki Yamani memeriahkan suasana pentas ROTF dengan tema ‘The New Era Night’ di Serdang pada Selasa.

Sebelum ini, beberapa artis seperti Ella, Syamel, Dayang Nurfaizah dan Khalifah turut membuat persembahan di pentas yang sama.

Menerusi tema ‘The New Era Night’, tumpuan khusus diberikan kepada generasi muda yang hadir dengan pendekatan, gaya serta perspektif baharu dalam muzik tempatan.

Penganjur, MARDI Corporation berkata, kepelbagaian pengisian ROTF dirangka bagi memberikan pengalaman hiburan yang lebih dinamik kepada pengunjung MAHA 2026.

“Pelbagai pengisian hiburan disusun secara berterusan bagi meningkatkan keterlibatan pengunjung selain mewujudkan suasana lebih meriah sepanjang penganjuran MAHA,” katanya.

Selain persembahan artis, ROTF turut diserikan dengan persembahan buskers, aktiviti kebudayaan dan pengisian santai untuk dinikmati pengunjung sepanjang tempoh penganjuran.

ROTF bakal menutup tirainya pada 6 September menerusi tema Soul Journey yang bakal menampilkan legenda rock, Ramli Sarip bermula pukul 5.30 petang.

The post Zaki Yamani, Hussain gegar pentas MAHA 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved