
MARANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan perlombongan emas haram yang disyaki didalangi seorang wanita di Bukit Kor, di sini, hari ini.
Operasi di kawasan perlombongan seluas 4.04 hektar yang dipercayai baru beroperasi sejak sebulan lalu itu berjaya merampas pelbagai peralatan perlombongan bernilai kira-kira RM449,400.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, Op. Gali Mega Zon Timur tersebut juga berjaya menahan 15 individu termasuk lapan warga asing dipercayai pekerja lombong emas terbabit.
“Risikan percaya kegiatan melombong emas haram terbabit yang didalangi seorang wanita mampu memperolehi dua hingga 40 gram bijih emas sehari.
“Mereka disyaki melakukan penggalian sehingga enam meter sebelum mengeluarkan batuan yang mengandungi bijih emas,” katanya selepas mengetuai serbuan tersebut di Bukit Kor di sini hari ini.
Ahmad Radzi berkata, siasatan awal percaya emas yang diperolehi kemudiannya akan dijual kepada seorang lelaki dipercayai orang tengah.
Beliau berkata, sebahagian lapan warga asing terdiri daripada warga Kemboja dan Vietnam disyaki melanggar peraturan imigresen. – KOSMO! ONLINE
The post Lombong emas haram Bukit Kor diserbu, 15 individu ditahan appeared first on Kosmo Digital.






