9 hari diburu, pemandu e-hailing simbah petrol, bakar wanita ditahan

19 Aug 2026 • 6:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 9 hari diburu, pemandu e-hailing simbah petrol, bakar wanita ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu e-hailing berusia 59 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita di sebuah premis nombor ramalan di Kepong, pada 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki tempatan itu ditahan semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan cedera parah terhadap mangsa.

Menurutnya, semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut ekoran tidak puas hati terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian antaranya sebuah botol minuman berisi cecair disyaki minyak petrol, topi keledar, baju kemeja serta sebuah motosikal Yamaha 135LC.

Turut dirampas ialah satu rangkai kunci motosikal berserta cukai jalan sebelum kesemua barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 62 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter sebuah premis nombor ramalan di Taman Pusat Kepong disimbah cecair disyaki petrol sebelum dibakar oleh seorang lelaki kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 50 peratus pada tubuh dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan kritikal tetapi stabil.- KOSMO! ONLINE

The post 9 hari diburu, pemandu e-hailing simbah petrol, bakar wanita ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved