Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

LocalCars
28 Aug 2026 • 9:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

image.png

Tindakan berani seorang lelaki etnik Rohingya memandu kenderaan berkuasa tinggi jenis Honda Civic Type R tanpa lesen memandu yang sah akhirnya memakan diri selepas ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, suspek dikesan bergerak secara berkonvoi menuju ke Genting Highlands sebelum dihentikan di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan pemandu terbabit tidak mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL). Tindakan sitaan terus diambil mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Lelaki berkenaan mengaku bekerja dengan pemilik asal kenderaan tersebut. Majikannya yang ketika itu memandu Nissan GT-R dilaporkan memberi kebenaran kepada suspek untuk membawa Honda Civic Type R berkenaan.

23 Kenderaan Mewah Disita Dalam Operasi Khas Luxury

Sepanjang tiga hari Operasi Khas Luxury dijalankan bermula Selasa hingga Khamis, JPJ WPKL telah menyita sebanyak 23 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Antara kenderaan mewah lain yang turut disita termasuklah Ferrari F8, Porsche Macan, Land Rover Range Rover Sport, BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volvo dan Toyota Alphard.

Pihak JPJ WPKL mengeluarkan 96 notis saman sepanjang operasi tersebut. Kesalahan tertinggi melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 39 kes, diikuti tiada perlindungan insurans (30 kes) dan tiada lesen memandu (3 kes).

JPJ Ketatkan Tindakan Terhadap Pemandu Tiada Lesen

Menurut Hamidi Adam, pelaksanaan Operasi Khas Luxury sepanjang tahun ini sehingga 28 Ogos telah mencatatkan penyitaan sebanyak 179 kenderaan mewah di sekitar ibu negara.

Pihaknya turut mengeluarkan 179 notis penyitaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menjadikan jumlah keseluruhan 572 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan sepanjang tempoh operasi tahun ini.

JPJ menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana individu atau pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya, demi menjaga keselamatan pengguna lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved