Rohingya: Tahan aktivis media sosial prosedur biasa lengkapkan siasatan

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rohingya: Tahan aktivis media sosial prosedur biasa lengkapkan siasatan

KOTA BHARU – Penahanan aktivis media sosial bersama rakan-rakannya yang menggempur kawasan warga asing dan etnik Rohingya di sini pada Jumaat lalu merupakan prosedur biasa bagi melengkapkan kertas siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkait kes ketenteraman awam dan samun barangan kemas ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Katanya, segala yang dijalankan pihak polis terhadap individu yang menyertai aktiviti itu merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan siasatan.

“Polis terima laporan berhubung kejadian itu dan kita menjalankan siasatan. Prosedur mengambil cap jari dan kawad cam itu perkara biasa untuk menentukan sama ada individu yang dituduh di dalam laporan merupakan orang yang sama atau sebaliknya.

“Mereka tidak boleh membuat tindakan sesuka hati. Jika ada dalam kalangan warga asing atau etnik Rohingya melakukan kesalahan, laporkan kepada pihak berkuasa tempatan, polis atau imigresen. Biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, aktivis masyarakat, Abbe Hae bersama 15 individu lain terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu lalu selepas dipanggil memberi keterangan berhubung tindakan mereka menerjah sebuah kedai yang didakwa menggaji warga asing.

Abbe Hae atau nama sebenarnya, Mohd. Azhan Mohd. Adnan yang juga Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan berkata, dia hadir ke IPD Kota Bharu kira-kira pukul 3 petang sebelum keterangannya diambil pihak polis. – KOSMO! ONLINE

The post Rohingya: Tahan aktivis media sosial prosedur biasa lengkapkan siasatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved