Rohingya terus 'panaskan' media sosial

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rohingya terus 'panaskan' media sosial
Dalam kebimbangan, sudah pasti isu PATI dan etnik Rohingya menjadi perhatian kerajaan dalam menanganinya sebaik mungkin. Foto hiasan

 

ISU etnik Rohingya terus 'memanaskan' media sosial apabila satu demi satu isu terus menjadi usikan warga maya.

Sudah pasti isu pelarian ini mencetuskan bermacam polemik kepada warga tempatan kerana video tular yang menceritakan situasi itu.

Apakah punca dan di mana silapnya? Ini yang menjadi persoalan Merak Jalanan.

Benarkan dakwaan orang kita sendiri tergamak subahat? Ini persoalan yang perlu dirungkai.

Hari ini, meskipun bermula kecil, komuniti terbabit sudah mula menggugat keresahan masyarakat, malah dibimbangi terus bertambah dari semasa ke semasa.

Lebih panas apabila pencipta kandungan media sosial menerjah lokasi perniagaan dan penempatan etnik ini, lalu memaparkan suasana terkini.

Kalau Merak Jalanan melihat pelaporan media tempatan, tindakan penguatkuasaan diambil pelbagai agensi.

Isu ini lagi meletup apabila tular terdapat segelintir warga asing yang berani mencabar warga tempatan dengan melemparkan kata kesat dan ayat berbaur ugutan.

Merak Jalanan turut terkejut apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini menyita sebuah Honda Civic Type R dipandu lelaki Rohingya yang berkonvoi ke Genting Highlands.

Jadi, kita pun terfikir banyaknya wang mereka. Bagaimana kereta gah itu dibeli? Dari mana sumber kewangan?

Di situlah peranan kementerian dan kerajaan perlu serius untuk gerak bersepadu tangani isu pelarian terbabit serta pendatang asing tanpa izin (PATI).

Merak Jalanan yakin isu ini memberi pelbagai polemik di media sosial dengan 'troll' dan suntingan tertentu. Sekiranya lewat diambil tindakan dibimbangi akan terus melarat.

Dalam kebimbangan, sudah pasti isu PATI dan etnik Rohingya menjadi perhatian kerajaan dalam menanganinya sebaik mungkin.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved