Rompakan kedai emas lagi, kes ketiga dalam lima hari

21 Aug 2026 • 9:04 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Rompakan kedai emas lagi, kes ketiga dalam lima hari

KUALA LUMPUR – Tiga kes rompakan kedai emas dilaporkan berlaku dalam tempoh lima hari, dengan kejadian terbaharu berlaku di Taman Tas, Kuantan, Pahang hari ini.

Sebelum ini, dua kedai emas di Genting Highlands, Pahang dan Klang, Selangor masing-masing dilaporkan menjadi sasaran kumpulan penjenayah pada Isnin lalu dan semalam.

Rentetan kejadian berkenaan turut mencetuskan kebimbangan orang ramai, terutama selepas beberapa video berkaitan kejadian dikongsikan di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa takut apabila rompakan didakwa berlaku pada waktu siang dan dilakukan secara terbuka.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai stymnisya memaklumkan mengenai kejadian terbaharu yang didakwa berlaku di sebuah kedai emas di Taman Tas, Kuantan.

“Katanya kes di kedai emas Taman Tas Kuantan, Allahu takutnya. Orang awam tak boleh nak buat apa sebab penyamun bawa parang. Takutlah,” katanya.

Seorang lagi pengguna, nrainnanajihah_, turut meluahkan kebimbangan terhadap kejadian jenayah yang berlaku di Kuantan.

“Takutlah Kuantan sekarang ini. Siang hari lagi korang (penjenayah) buat kerja! Semoga cepat kena cekup!” katanya.

Sementara itu, pengguna s.nrfhina berkata kejadian berkenaan menyebabkan orang ramai berasa bimbang untuk berkunjung ke kawasan terbabit.

“Takutnya rasa nak pergi Taman Tas, dah lah selalu beli barang di situ. Fuh, siang-siang hari berani buat kerja macam itu. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan kedai,” katanya.

Kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu turut menjadi perhatian warganet yang berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

Bagaimanapun, butiran lanjut termasuk jumlah kerugian, identiti suspek serta status siasatan bagi kejadian terbaharu masih belum diperincikan dalam maklumat yang diberikan.

The post Rompakan kedai emas lagi, kes ketiga dalam lima hari appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved