
PETALING JAYA: Bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu mengumumkan keputusannya untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Ronnie yang lebih tiga tahun tidak berparti mengumumkan untuk menyertai PBM yang dipimpin Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dalam satu sidang media.
Ronnie menganggotai DAP selama 41 tahun dan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut selama beberapa penggal.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran dari 2008 hingga 2013, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, sebelum mewakili Sungai Pelek dari 2018 hingga 2022.
Beliau meninggalkan DAP pada Jun 2023 susulan tidak puas hati terhadap langkah kepimpinan meminda perlembagaan parti berhubung penamatan keahlian.
Pindaan berkenaan membolehkan wakil rakyat DAP hilang keahlian secara automatik sekiranya mereka tidak mematuhi pendirian parti berhubung isu teras, yang disifatkan Ronnie sebagai tidak demokratik.-UTUSAN
The post Ronnie Liu sertai PBM appeared first on Utusan Malaysia.






