Bersatu secara automatik keluar PN – Abdul Hadi

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu secara automatik keluar PN – Abdul Hadi

MARANG: Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli Perikatan Nasional (PN) tergugur dengan sendiri apabila Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan membentuk gabungan baharu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu berdasarkan Perlembagaan parti itu yang mana apabila ahlinya menyertai gabungan lain, maka ia terkeluar daripada PN.

“Dia (Bersatu) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain, dengan sendirinya automatik dia keluar daripada PN,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Bulan lalu, Muhyiddin dilapor memaklumkan Bersatu akan membentuk gabungan baharu yang lebih hebat bersama beberapa parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Presiden Bersatu itu berkata, gabungan baharu berkenaan antara lain turut membabitkan parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

Abdul Hadi berkata, PN tidak perlu membuat pemberitahuan secara rasmi kepada Bersatu berhubung kedudukannya dalam gabungan tersebut kerana parti itu keluar dengan sendiri apabila membuat kenyataan berkenaan.

“Saya saya tidak perlu surat rasmi. Perlembagaan kita pun bila orang masuk parti lain, maka keluarlah,” katanya. – UTUSAN

The post Bersatu secara automatik keluar PN – Abdul Hadi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved