
PETALING JAYA – Saranan yang dikemukakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan gambaran jelas tentang tanggungjawab yang harus dilunaskan oleh setiap pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Calon Naib Presiden 1 FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, tidak timbul soal misi pertahankan jawatan Naib Presiden sebaliknya objektif utama adalah membantu badan induk itu melaksanakan perubahan.
“Barisan pimpinan lama sudah melakukan sehabis baik demi kebaikan bola sepak namun dalam satu-satu institusi, pastinya ada berlaku kesilapan atau pun terlepas pandang. Tetapi selepas adanya saranan dan cadangan AFC, baharu kita nampak
“Bukan bermaksud saya adalah yang terbaik untuk melakukannya tetapi saya teruja untuk menyahut saranan AFC. Ia adalah perkara yang cukup bagus, jadi saya sedia untuk melakukan apa yang dicadangkan oleh AFC demi kebaikan bersama.
“Bagaimanapun, terserah kepada ahli gabungan untuk menilai dan membuat pemilihan terbaik pada kongres nanti,” katanya.
Selain jawatan Presiden FAM, perebutan Naib Presiden 1 juga antara yang menarik perhatian kerana bakal membabitkan persaingan tiga penjuru antara Rosmadi, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar.
“Tidak boleh terus ‘jatuh hukum’ terhadap individu lama yang pernah berada dalam FAM. Dengan pengalaman yang ada, saya sedia untuk terus menabur khidmat dalam bola sepak negara, perbaiki mana silap.
“Mungkin juga saya boleh bantu muka baharu yang terpilih kerana bagi saya gabungan lama dan baharu adalah bagus untuk bola sepak negara. Soal orang lama atau baharu, saya percaya objektifnya kekal sama iaitu untuk kebaikan bola sepak negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Rosmadi fokus reformasi, bukan jawatan appeared first on Kosmo Online.






