Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”

6 May 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datuk Rosyam Nor melabelkan filem adiwira ikonik negara, Keluang Man sebagai antara naskhah terhebat yang pernah dilakonkan olehnya.


 

Set penggambaran Keluang Man antara yang paling hebat 

 


Menurut Rosyam, bermula dari watak sehinggalah kepada proses pembikinan dan produksi, kesemuanya diambil kira dengan begitu teliti.


 


Malah Rosyam juga mengakui, set penggambaran Keluang Man yang dibina merupakan antara set paling hebat dalam sejarah pembikinan filem melayu.


 


“Menjadi sebahagian dalam Keluang Man… Saya rasa inilah filem adiwira pertama yang saya ada di dalamnya.


 


“Filem ini dibuat oleh generasi yang baharu, pengarah yang baharu, idea yang baharu tetapi diambil daripada naskhah yang lama.


 


“Kemudian dikembangkan dalam bentuk layar yang besar dan ini menjadi kebanggaan saya dapat bersama-sama dengan mereka.


 

“Kita tahu bahawa filem ini dibuat begitu teliti dengan bajet yang besar. Keluang Man mempunyai set yang saya rasa antara paling hebat dalam sejarah pembikinan filem melayu.

 


“Selain itu, Keluang Man juga mempunyai rangkaian pasukan untuk mempromosikan filem ini di seluruh Malaysia,” jelasnya.


 


Rosyam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran trailer filem Keluang Man di GSC Aurum, TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.


 

Berbesar hati terlibat dengan Keluang Man 


Mengulas mengenai Keluang Man, Rosyam berkata dia berbesar hati apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem hebat tersebut.


 

“Kita tengok Keluang Man ini menjadi antara filem yang mana produk produk luar nak bergabung atau berkolaborasi.
 
“Jadi bila saya ditawarkan untuk menjadi sebahagian dalam barisan pelakon Keluang Man, pada saya itu sudah cukup membanggakan.

 


“Saya ingin berterima kasih khasnya kepada Astro Shaw, Anwari Ashraf sebagai penulis skrip dan juga pengarah serta kepada mereka yang bersama sama dengan saya untuk membina satu filem besar ini,” ujarnya.


 


Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. 


 


Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


 


Peminat setia serta penonton generasi baru juga boleh menonton siri animasi popular ini di

bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.


 


Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.


 


 

@astroshawofficial KELUANG MAN OFFICIAL TRAILER | DI PAWAGAM MULAI 29 MEI 2025 Khas untuk mereka yang tertunggu-tunggu, kami bawakan Official Trailer Filem Keluang Man bagi semua yang dah tak sabar nak tengok! Keluang Man akan datang di pawagam pada 29 Mei 2025. #KeluangMan #KeluangManFilm #AstroShaw #WONDACoffee #KeluangManWondaCoffee ♬ original sound - Astro Shaw