Muncul Dalam Trailer Keluang Man, Mierul Aiman Jadi Perhatian - “Nampak Sekejap Pun Dah Rasa Karakter Dia Best!”

5 May 2025 • 10:57 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak lama lagi filem adiwira ikonik negara, Keluang Man akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
 
Malah sehingga kini ramai yang memberikan komen positif selepas menonton treler Keluang Man yang ditayangkan sebelum ini.
 
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi. 
 
Treler ini bukan sahaja mencetus keterujaan luar biasa di kalangan peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem adiwira setanding produksi antarabangsa.
 

Karakter Mierul Aiman tarik perhatian

 


Namun selain pujian diberikan kepada treler Keluang Man, nama pelakon Mierul Aiman juga turut menjadi sebutan apabila dirinya muncul di pengakhiran babak.


 


Walaupun hanya seketika, tetapi nampaknya watak Mierul meninggalkan kesan terhadap penonton.


 


Rata-rata meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan watak yang bakal dimainkan oleh pelakon kacak itu.


 


Antara komen yang diterima adalah:


image is not available


 

 

Berikut merupakan treler rasmi Keluang Man:
 
 


Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. 

 

 

 

 

 


 
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
 
Peminat setia serta penonton generasi baru juga boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
 
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.