Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Seperti yang kita sedia maklum, tindakan pempengaruh Ammar Nazhan memaparkan perlawanan Piala Dunia 2026 secara live di TikTok telah menjadi pertikaian orang ramai.
Ammar sendiri ada tampil menjelaskan kekhilafannya bertindak sedemikian selepas akaun TikTok miliknya digantung selama 7 hari. Namun begitu, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dikatakan ada melakukan sesi live menggunakan akaun lain.
Artikel berkaitan: Selepas Akui Khilaf, Ammar Nazhan Buat Live Piala Dunia Guna Akaun Lain?
Artikel berkaitan: “I will be back” – Ammar Nazhan Maklum Akaun TikTok Kena Banned 7 Hari Dari Buat ‘Live’
Susulan dengan perkara itu, ramai netizen menyoal pihak RTM yang menjadi saluran siaran rasmi untuk perlawanan tersebut yang tidak mengambil sebarang tindakan.
Susulan itu, menerusi Threads pihak RTM akhirnya tampil memberikan respon berkenaan isu Ammar Nazhan ini.
Menurut syarikat penyiaran itu, pihak mereka sebenarnya sudah ambil maklum dari awal, namuan begitu, RTM menyatakan mereka tiada autoriti dan tidak berhak untuk bersuara mengenai hal itu.

Sebelum ini, Ammar menyatakan yang dirinya akan lebih fokus untuk membuat kandungan dan akan kembali, kenyataan itu diberikan menerusi hantaran video di TikTok selepas akaunnya digantung selama 7 hari daripada membolehkannya melakukan sesi live.






