“I will be back” – Ammar Nazhan Maklum Akaun TikTok Kena Banned 7 Hari Dari Buat ‘Live’

2 Jul 2026 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft ammar nazhan

Pempengaruh sensasi, Ammar Nazhan dilihat sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan dengan tindakannya membuat sesi live yang didakwa memaparkan siaran perlawanan Piala Dunia 2026.

Meskipun perbuatannya mengundang kecaman orang ramai, bagaimanapun Ammar dikatakan masih melakukan perkara yang serupa.

Artikel berkaitan: “Tak berniat menyinggung mana-mana pihak” – Ammar Nazhan Tampil Perjelas Dakwaan Buat ‘Live’ Piala Dunia

Akibat daripada tindakannya itu, Ammar telah tampil dalam satu video mengumumkan bahawa akaunnya telah digantung oleh TikTok daripada melakukan sebarang sesi siaran langsung selama 7 hari kerana dikatakan telah melanggar Garis Panduan Komuniti.

Katanya, buat masa sekarang dia hanya fokus dalam membikin kandungan lain, sementara menunggu tempoh tersebut.

@amnazhan

thank you everyone for keep support , I will be back

♬ original sound – celinesun – celinesun

Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan rasa hormat terhadap FIFA dan semua penyiar rasmi perlawanan tersebut, selain mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang terus menyokong pempengaruh itu.

Malah, Ammar juga menyatakan bahawa dirinya akan kembali sebaik sahaja akses untuk sesi siaran langsung dikembalikan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved